Hotline
1-300-888-321
 

Jururawat berkualiti

14 Disember 2009 - TIDAK sukar mencari kolej untuk meneruskan pengajian selepas tamat persekolahan.

Bagaimanapun, untuk mencari kolej berkua~iti, sekali gus menjamin masa depan cemerlang, tidak pasti memeningkan kepala.

Dalam hal ini, ada baiknya bakal pelajar melihat rekod membabitkan peratusan kelulusan di mana-mana IPT sebelum membuat keputusan meneruskan pelajaran

Bagi yang ingin mencuba bidang kejururawatan, mengapa tidak mendaftar di Sime Darby Nursing and Health Sciences College yang mempunyai rekod pelajar cemerlang dengan kelulusan 100 peratus dalam Peperiksaan Pendaftaran Kejururawatan, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif kolej berkenaan, Shanaz Mawji, berkata keputusan membanggakan itu adalah bukti kecemerlangan dan kejayaan sistem pembelajaran yang diterapkan di Sime Darby Nursing and Health Sciences College.

"Pembelajaran berguna tidak lagi tertakluk kepada perolehan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi turut dinilai berdasarkan kemampuan seseorang untuk mempraktik inovasi ilmu yang dikecapi.

"Di sinilah kelebihan yang ada pada kolej kami. Minat mendalam tenaga pengajar terhadap subjek diajar di samping komitmen tinggi memberi impak positif kepada pelajar untuk tekun dan memahami subjek yang diikuti.

Menurutnya, pelajar turut didedahkan dengan latihan klinikal di Pusat Perubatan Sime Darby yang pernah memenarigi anugerah kecemerlangan.
Pusat perubatan ni bukan saja diiktiraf di peringkat antarabangsa, malah menerima pengiktirafan dikeluarkan Jawatankuasa Bersama Antarabangsa (JCI)’ katanya.

Selain itu, Shanaz berkata, setiap pelajar tidak hanya didedahkan dengan teknologi perubatan dan penjagaan terbaru, tetapi juga mekanisme canggih membabitkan makium balas pesakit serta pelanggan.

"Ini bagi membolehkan pelajar memahami kehendak unik pelanggan di hospital sekali gus mengerti apa dimaksudkan servis profesional dan keikhlasan dalam memberi perkhidmatan.

Beliau berkata, pelajar terpilih berpeluang bekerja di Pusat Penjagaan Kesihatan Sime Darby apabila tamat pengajian.

"Jika tidak terpilih, lulusan kolej mi sememangnya bersedia berkhidmat di mana-mana saja dalam industri penjagaan kesihatan, tidak kira dalam mahupun luar negara’ katanya.

Sime Darby Nursing and Health Sciences College yang sebelum mi dikenali SJMC Academy of Nursing and Health Sciences terbabit dalam bidang pengajian kesihatan sejak 1995.

Setiap program pengajian ditawarkan kolej itu mendapat pengiktirafan Kementerian Pengajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Program kejururawatan ditawarkan juga didaftarkan di bawah Lembaga Kejururawatan Malaysia.

Kemasukan bagi kursus Diploma Kejururawatan dan program Teknologi Makmal Perubatan ialah pada Januari, April, Julai dan September setiap tahun.
Untuk pertanyaan, hubungi Shamilli atau Liam di 03-51912121 atau faks 03-51911357.

Mereka yang berminat juga boleh menghantar e-mel kepada simedarbycolleg.student @simedarby.com atau melayari laman web http://healthcare.simedarby. corn.