Hotline
1-300-888-321
 

Kolej Penjagaan Kesihatan Sime Darby Kelulusan 98 peratus

"Kadar kelulusan yang tinggi menunjukkan komitmen pihaknya untuk menghasiikan pendidikan berkualiti dan pendekatan pembelajaran yang digunakan di koler"

> Shanaz Mawji

Sejak memulakan operasi pada 1995, Kolej Sains Kesihatan dan Kejururawatan Sime Darby (Kolej Penjagaan Kesihatan Sime Darby) mampu mencatat kelulusan pelajar sebanyak 98 peratus dalam ujian pelesenan kejururawatan.

lni secara terangan melebihi kadar lulusan ujian itu dalam industri iaitu hanya 70 peratus, yang dijalankan Lembaga Kejururawatan Malaysia.

Ketua Eksekutifnya, Shanaz Mawji berkata, kadar kelulusan yang tinggi menunjukkan komitmen pihaknya untuk menghasilkan pendidikan berkualiti dan pendekatan pembelajaran yang digunakan di kolej.

Bukan saja kurikulum yang relevan kepada industri disediakan, malah bilangan pelajar dalam kelas juga direndahkan dengan nisbah pensyarah lebih tinggi yang memberi makna pelajar dijamin perhatian lebih balk daripada pensyarah ketika pengajian.

Di kolej itu, terdapat juga penekanan utama kepada latihan praktikal dibantu sebilangan besar tenaga pengajar yang berpengalaman klinikal, dijalankan Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC) di Subang Jaya, yang mempunyai akreditasi Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI).

Seorang pelajar kolej itu, Shalini Chalong Pillay, berkata ketika tempoh penempatan mereka didedahkan dengan banyak kes dan pengajar klinikal sangat mahir dalam membimbing pelajar.

"Kaedah sesi praktikal selepas teori ini adalah bonus tambahan supaya pelajar tidak lupa kepada teori kami mengenai prosedur yang perlu dijalankan," katanya.

Graduan jururawat pertama lelaki kolej itu, Mohd Faizal Ibrahim berkata, kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan adalah satu pencapaian besar yang boleh dikongsi bersama pelajar dan ia adalah satu penghormatan besar untuk menjadi graduan jururawat lelaki yang pertama.

Selain itu, seorang lagi pelajar kolej itu, Liaw Su Faye berkata dia menjalani latihan menyeronokkan di SDMC kerana gemar bercakap dengan pesakit, bertemu orang baru di hospital daripada kakitangan pantri kepada pasukan keselamatan dan paling penting, gembira dengan tugas berkenaan.

Kolej Sime Darby Healthcare juga akan dapat membantu rancangan pengennbangan Kumpulan Sime Darby bagi perniagaan penjagaan kesihatan.

Bermula tahun ini, SDMC Ara Damansara mula beroperasi selain SDMC Desa Parkcity yang bersedia untuk dibuka pada 2013, sekaligus menyedia peluang pekerjaan lebih luas kepada pelajar kolejnya.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.simedarbycollege.edu.my atau hubungi talian 03-51911296 atau 03-51911346.